Friday, September 14, 2012

Filled Under:

15 MURID BELASAH GURU DISIPLIN !!!

GAMBAR HIASAN
Alor Setar-Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan,seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas disebuah sekolah  menengah disini selasa lalu.
Kejadian jam 7:30 pagi itu bermula  apabila guru terbabit yang berusia 40 –an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpuann sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.
Menurut sumber guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi keperhimpunan bersama pelajar lain.
Selepas memberi arahan itu,guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising,seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.
Apabila guru itu masuk semula dalam kelas,dia melihat sebahagian pelajar pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,’ katanya.
Menurutnya apabila guru terbabit mengarahkan perbuatan itu dihentikan sebahagian 15 pelajar terbabit mengerumuninya dan ada yang menolak kepala serta membelasah mangsa.
Sumber itu berkata,ketika itu perhimpunan sudah berakhir dan sebahagian daripada pelajar lain mula tiba unruk masuk kelas.
Mereka terkejut apabila melihat sekumpulan pelajar lelaki terbabit membelasah guru mereka, namun pelajar lain tidak berani menghalang.
Perbuatan ganas pelajar  terbabit hanya dapat dihentikan oleh beberapa guru lain yang datang tidak lama kemudian selepas diberitahu mengenai kejadian itu,”katanya
Sumber itu berkata,dia tidak pasti tahap kecederaan dialami guru itu,namun yang pasti mangsa kini bercuti rehat.
Apa yang saya tahu,mangsa tidak garang atau mengenakan tindakan terhadap mana-mana plajar yang mlakukan kesalahan di sekolah itu menyebabkan ramai guru terkejut apabila dia menjadi mangsa,’’katanya.
Harian Metro cuba menghubungi guru lelaki terbabit untuk mendapatkan komenya,namun dia enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan polis dan pihak atasan sekolah.
Sementara itu,pengarah Pelajaran Kedah,Mansor Lat berkata,pihaknya sudah menerima laporan kejadian itu dan kes itu akan didengar Jawatankuasa Disiplin Sekolah pada 17 September ini.
Menurutnya,semua pelajar terbabit akan dipanggil membela diri sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Beliau berkata,guru lelaki itu cedera ringan akibat kejadian itu,tetapi semua pelajar terbabit tidak akan dibuang sekolah memandangkan mereka bakal menduduki pepereksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) tahun ini.
Berdasarkan siasatan awal,semua 15 pelajar lelaki terbabit tidak hadir dalam perhimpunan di sekolah itu pagi Selasa lalu dan guru berkenaan menegur tindakan mereka,tetapi dibelasah kumpulan pelajar itu.
Bagaimanapun,kejadian itu tidak menghalang mereka untuk belajar seperti biasa dan menduduki peperiksaan SPM tahun ini,’katanya ketika dihubungi,semalam.
Ketua polis Dearah Kota Setar,Asisiten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika ditemui mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberi tahu kes itu kini dalam siasatan.

SUMBER : www.hmetro.com.my
SUMBER : mediashahalam.blogspot.com

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism