Saturday, September 1, 2012

Filled Under:

Iniesta Pemain Terbaik UEFA

Pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta dinobatkan Pemain Terbaik UEFA selepas mengatasi Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan, Lionel Messi menerusi undian wartawan.

Ia adalah anugerah besar kedua buat pemain kebangsaan Sepanyol itu selepas dinobatkan Pemain Terbaik kejohanan ketika membantu negaranya menjuarai Euro 2012 di Poland dan Ukraine.
Anugerah itu diputuskan oleh sekumpulan 53 wartawan Eropah pada majlis undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di Monaco kelmarin.

Iniesta, 28, menerima 19 undian dengan Ronaldo dan Messi - pemenang tahun lalu - masing-masing mengumpul 17 undian.

“Saya terharu dan menghadiahkan anugerah ini kepada rakan sepasukan Sepanyol dan Barcelona,” kata Iniesta yang menerima anugerah berkenaan daripada presiden UEFA, Michel Platini. “Saya bangga berada di sini dengan dua pemain bola sepak hebat seperti Leo dan Cristiano.”

Sebagai perancang utama yang banyak membantu jentera serangan, Iniesta memenangi semua gelaran utama bersama Barcelona dan Sepanyol sepanjang empat tahun lalu dan terkenal dengan jaringan kemenangannya pada masa tambahan ketika menewaskan Belanda pada final Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Sumber : Berita Harian Online

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism