Isu Bikini Cetuskan Kemarahan Rakyat India - AUSTRALIA : Baru-baru ini, seluruh masyarakat di India berasa tersinggung dengan pereka baju renang dari Australia iaitu Lisa Burke.
Ini kerana pada Australian Fashion Week, Lisa telah mereka sehelai ‘swimsuit’ dengan memaparkan rekaan gambar Dewi Lakshmi, tokoh suci umat Hindu.
Menurut CNN, kemarahan rakyat India tidak dapat dibendung lagi setelah melihat wajah Lakshmi tercetak di bahagian depan dan belakang pakaian renang tersebut.
Kemarahan itu membuatkan mereka membakar foto-foto rekaan Lisa serta bendera nasional Australia dalam suatu aksi protes di Hyderabad Selatan.
Presiden Federasi Asosiasi Australia India, Vish Viswanathan, turut mengutuk rekaan tersebut.
“Sukar mempercayai bahawa rekaan itu tidak disengajakan. Mereka yang melakukan hal ini hanya untuk mencari publisiti murahan,” katanya yang dipetik melalui Viva News, baru-baru ini.
Tambahnya, rekaan itu membuatkan seluruh rakyat India terluka, malah masyarakat India yang tinggal di Australia turut tersinggung.
Sementara itu, Lisa Burke sudah meminta maaf kepada masyarakat India diatas permasalahan yang timbul akibat kesilapannya mencetak gambar berkenaan.
Menurutnya, pencitraan Dewi Lakshmi pada pakaian renangnya hanya untuk berbagi perbezaan budaya dari label miliknya.
“Saya meminta maaf kepada sesiapa pun yang berasa tersinggung.
“Kami akan menghentikan produksi dan design tersebut, ia tidak akan ada dimana-mana cawangan pun,” katanya. – Infoisusemasa
0 comments:
Post a Comment
Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?