Manga ini membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1999 dan telah diterbitkan oleh Shueisha di dalam majalah Shōnen Jump isu ke-43. Versi Bahasa Inggeris pula telah diterbitkan oleh Viz Media di dalam Shōnen Jump versi Amerika, di mana ia menjadi jualan siri manga tertinggi syarikat tersebut. Di Malaysia, siri manga Naruto versi Bahasa Melayu telah diterbitkan oleh Comics House.
Siri anime Naruto pula telah diterbitkan oleh Pierrot dan Aniplex Inc., telah membuat kemunculan sulungnya di seluruh rangkaian televisyen di Jepun termasuklah di rangkaian Animax pada 3hb Oktober 2002, di mana ianya masih lagi ditayangkan. Naruto juga membuat kemunculan sulung di dalam rangkaian Cartoon Network, Amerika pada 10hb September 2005 dan di rangkaian YTV, Kanada pada 16hb September 2005. Manakala, kemunculan siri ini di United Kingdom telah bermula pada 22hb Julai 2006 di rangkaian Jetix dan kemunculan di Australia dalam rangkaian Toasted TV pada 12 Januari 2007. Di Malaysia, siri ini mula ditayangkan dalam rangkaian Astro Ria pada tahun 2004 dan juga dirangkaian TV3 pada tahun 2005. Di TV3 sekarang bersiaran pada hari Jumaat pada pukul 7 petang. Kemasyhuran siri Naruto ini sering kali diperbandingkan dengan pencapaian siri manga/anime klasik seperti Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama.
Nama Ibu: Uzumaki Kushina, dari Uzumakigakure(desa Pusaran Air), dengan karakteristik cantik, tomboy,pantang menyerah, dan berambut merah.
Nama Ayah: Namikaze Minato, dari Konohagakure(desa lindungan daun), alias Hokage ke-4,dengan karakteristik tampan,baik hati dan tidak sombong,dan berambut kuning sama seperti Naruto.
Dua belas tahun sebelum Naruto lulus dari akademi ninja, monster yang berbentuk Musang berekor sembilan, Kyuubi, mengganas du desa Konohagakure. Hokage ke-4 yang saat itu memimpin desa, mengurung dan mengunci si Musang ekor sembilan ke dalam tubuh Naruto. Tapi sayangnya, Hokage ke-4 tewas dalam ritual Penguncian itu.
Dengan Penguncian yang dilakukannya, Hokage ke-4 berharap Naruto akan dipandang sebagai seorang pahlawan, yang terpaksa berkorban untuk mengurung Kyuubi itu. Tapi sayangnya hal itu tidak terjadi. Banyak penduduk Konohagakure beranggapan bahawa Naruto tak lebih dari budak setan pewaris darah musang ekor sembilan yang pernah menyerang mereka, sehingga mereka membenci dan menjauhinya.
SUMBER : Uzumaki Naruto
0 comments:
Post a Comment
Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?