Wednesday, September 26, 2012

Filled Under:

Nad Zainal Pentingkan Bakat

Nama Nad Zainal kian dikenali ramai selepas membawa watak sebagai Inas dalam drama Bukan Bidadari sepanjang 13 episod di saluran TV3. Selepas muncul dalam drama tersebut, kehadiran Nad baru disedari orang ramai walaupun telah menceburi dunia seni sejak tahun 2007 lagi.

Ramai yang memuji bakat dan kebolehan Nad dalam membawa watak utama itu kerana dia pandai membawa perasaan dalam setiap episod drama itu. Namun, ada juga yang mempertikaikan bentuk dan fizikal Nad yang kecil berbanding artis-artis wanita lain. Bagi Nad,

dia mengaku fizikalnya tidak tinggi seperti artis lain tetapi, dia lebih mementingkan mutu lakonan yang dibawa oleh seseorang artis. “Saya tahu, ramai yang kata saya tidak cukup tinggi jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon seangkatan dengan saya. Tapi bagi saya itu tidak penting,
yang penting adalah mutu lakonan kita dalam setiap drama atau filem yang kita lakonkan. “Saya tidak nafikan saiz badan memainkan peranan yang cukup penting bagi menentukan sebarang watak, tetapi kalau kita memiliki saiz badan yang tinggi dan lengkap tetapi tidak memiliki teknik lakonan yang baik, itu semua tidak guna,” kata Nad yang dipetik dari Utusan Online.
 Untuk memuaskan hati setiap penonton dalam setiap cerita atau pun drama, Nad mementingkan teknik yang digunakan sewaktu berlakon. Malah, dia percaya dengan bakatnya yang tersendiri dia mampu untuk pergi jauh sebagai seorang pelakon.
 “Bagi saya yang penting adalah teknik serta cara kita membawa dan melakonkan watak yang diberi demi kepuasan penonton. “Bakat yang dianugerahkan serta minat saya yang mendalam dalam bidang ini sudah cukup bagi saya untuk mengharungi kerjaya saya sebagai anak seni,” katanya yang juga merupakan bekas penuntut Akademi Aswara.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism