Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi mangsa mereka.
Modus operandi
a. Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet
(chatting/ e-mail)
b.
Saspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui
internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam
cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum
menjanjikan sesuatu kepada mangsa.
c. Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada mangsa.d. Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi.
e. Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank orang lain.
Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes.
Nasihat :
Orang ramai dinasihat supaya jangan mempercayai hubungan percintaan / perniagaan di dalam dunia siber tanpa pernah menjumpai. Jangan tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan yang ditawarkan oleh saspek kononnya barangan kemas dan wang tunai.
Sumber: Facebook PDRM
0 comments:
Post a Comment
Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?