Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Bill Gates Dan Duitnya | Siapa Bill Gates? ok, Bill Gates adalah pengasas Microsoft yang umum semua tahu dialah orang paling kaya di dunia.
Mengikut kajian yang dibuat senarai orang paling kaya di dunia sekarang
ni, menunjukkan Bill gates masih lagi mengatasi pencabar-pencabar yang
lain dengan harta dianggarkan boleh beli Malaysia dan beberapa negara asia lain.
Kalau dah kenal dengan Bill Gates, korang tahu tak fakta menarik tentang
dia? Korang pernah terfikir tak macam mana mat salleh ni boleh jadi
kaya raya sampai macam ni sekali? (tak tercapai akalku kalau
difikir-fikirkan)..
Cuba korang bayangkan setiap saat korang boleh dapat US$250 tak? Apa
yang korang akan buat? Kalau aku la macam2 boleh buat.. yang penting amal jariah itu pasti :) kawan2 tidak di lupakan jgn sombong2 :p
1. Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT.
Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million
(RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion)
dalam setahun!
2. Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya
masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4
Saat sahaja.
3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion.
Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10
tahun sahaja utk melakukannya.
4. Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang
di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam
simpanannya.
5. Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan
negara yg ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not
sure.
6. Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang
kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan.
Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa
tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal
terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.
7. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia
boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million
(RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia
meninggal dunia.
8. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di
Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan
penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta,
dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill
Gates sekarang.
9. Akan tetap, jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim
US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates
akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun!
0 comments:
Post a Comment
Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?