Engsel pagar rumah mangsa diumpil dan dialihkan penjenayah sebelum mereka membawa keluar kenderaan dari garaj.
BENTONG – Malang buat seorang penduduk Taman Bentong Makmur, dekat sini,
apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang diletakkan di
dalam garaj rumahnya, dicuri awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian
itu disedari mangsa ketika dia ingin keluar bekerja kira-kira jam 7.30
pagi.
Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa, dia tidak menyedari mengenai
kejadian itu kerana kali terakhir kenderaan tersebut dilihatnya selepas
balik kerja pada petang kelmarin.
“Kejadian dipercayai dilakukan penjenayah pada awal pagi. Berdasarkan
siasatan, mereka menggunakan taktik baru dengan mengumpil engsel pagar
sebelum mengeluarkan kenderaan daripada garaj.
“Sebelum ini, kebanyakan kes berlaku membabitkan kenderaan diletakkan di
luar kawasan rumah. Namun kejadian ini cukup berbeza kerana pintu pagar
rumah mangsa diumpil walaupun berada dalam keadaan berkunci,” katanya.
Abdul Aziz berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bentong.
Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan dan dalam masa sama
memerlukan kerjasama orang awam sekiranya mempunyai maklumat berhubung
perkara itu.
“Pemilik kenderaan terutama pacuan empat roda dinasihatkan supaya lebih
berhati-hati kerana kenderaan jenis itu sering menjadi sasaran
penjenayah.
“Dalam masa sama, penduduk terutama di kawasan perumahan diminta peka
dengan kehadiran individu atau kumpulan tidak dikenali. Mereka perlu
segera melaporkannya kepada polis untuk mengelakkan kejadian tidak
diingini,” katanya.
SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...kereta-1.85302
Semua Dalam Tiga Pagi aje!
Tuesday, September 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
_____Kini Trending_____
-
Nama Farah Diana Anuar atau Farah AF kembali menjadi perhatian ramai, apabila sebuah akhbar memaparkan nama dan alamat Farah, serta mend...
-
Berita Hanez Suraya putus cinta dengan bekas kekasihnya, Awi Rafael nampaknya tidak bertahan lama. Baru sahaja tiga bulan berpisah, Hane...
-
Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh lelaki bukan mahram dengan sengaja = balasannya 70,000 tahun dalam neraka, 1 hari akhirat = ...
© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism
0 comments:
Post a Comment
Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?