Sunday, October 7, 2012

Filled Under: ,

Adakah Anda Sihat??

Penyakit jantung merupakan pembunuh number 1 dan juara carta bagi kes sakit kematian..

Adakah anda tahu tanda-tanda lita dak terjebak ngan geng nie..

Lima tanda jantung kita dah bermasalah

1.Sakit leher

Adakah anda pernah mengalami sakit otot yang berlarutan di bahagian leher? Anda mestilah berwaspada sekiranya rasa sakit ini tidak hilang.  Hal ini kerana menurut pengalaman pesakit jantung, tanda-tanda awal yang dapat dikesan ialah rasa sakit dan tegang di bahagian leher.  Mereka selalu mengabaikan gejala tersebut kerana lebih fokus terhadap gejala yang lebih besar seperti sakit di bahagian dada, bahu dan lengan.
2.Masalah Seksual
Lelaki yang mengalami masalah ereksi biasanya mempunyai masalah berkaitan penyakit pembuluh darah koroner.  Kajian terhadap lelaki di Eropah menunjukkan bahawa dua pertiga daripada pesakit jantung yang mendapat rawatan menderita masalah disfungsi ereksi selama berbulan-bulan sebelum disahkan menghidap penyakit jantung.  Beberapa penyelidikan terbaru mendapati bahawa memang terdapat kaitan antara masalah disfungsi ereksi dan penyakit kardiovaskular.
3.Pening, Pengsan atau Sesak Nafas

Sebuah kajian mendapati lebih daripada 40 peratus wanita melaporkan bahawa mereka cenderung mengalami sesak nafas sebelum terjadinya serangan jantung.  Anda mungkin akan mengalami kesukaran bernafas, semput atau pening ketika berada di tempat yang tinggi.  Apabila anda mengalami kesukaran ketika melakukan aktiviti seperti menaiki tangga, menyapu atau berjalan sedangkan anda tidak mengalaminya sebelum ini maka gejala tersebut perlu diberi perhatian sebagai satu peringatan penting.
 4. Gangguan Pencernaan, Mual atau Pedih Ulu hati

Walaupun ramai orang berpendapat bahawa masalah jantung begitu sinonim dengan sakit di dada namun, hal ini juga boleh berlaku pada bahagian perut.  Bagi sebilangan orang khususnya wanita, gejala seperti pedih ulu hati, sensasi kekenyangan atau tersedak perlu diambil berat kerana gangguan pencernaan yang serius dan rasa mual-mual juga boleh menjadi petanda awal serangan jantung atau dikenali sebagai miokardial infarksi. Sebuah penyelidikan menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung mengalami gejala muntah-muntah, mual dan gangguan pencernaan selama beberapa bulan sebelum serangan jantung berlaku.
5. Sakit pada rahang dan telinga
Kesakitan pada rahang adalah sesuatu yang misteri dan sangat mengganggu.  Keadaan ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor tetapi kadang-kadang ia merupakan petanda tentang wujudnya penyakit pembuluh darah koroner (CAD) dan tanda-tanda awal serangan jantung.  Beberapa pakar sedang mengkaji tentang kaitan antara sakit pada rahang dengan risiko serangan jantung.  Hasil kajian mendapati bahawa ramai pesakit jantung melaporkan mengalami masalah sakit pada rahang sebelum terjadinya serangan jantung.





Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism