Friday, October 19, 2012

Filled Under:

ONIGIRI @ NASI KEPAL

Onigiri boleh di buat pelbagai bentuk dan corak mengikut kreativiti si pembuat.



Bahan2 (utk 2 org)

1/2kg beras jepun (ada di jusco/giant/carrefour)
1tin tuna mayo (inti ikut kreativiti boleh ditambah/diganti dgn apa2 saja cth telur ikan + udang + isi  ketam+ mayo + bijan)  
garam
nori (seawed)
plastic wrap
cuka jepun (jika rs perlu letak sikit ms gembur nasi/ kalau tak ada pun tak apa)  

Cara2nya
1. Masak beras jepun seperti beras biasa.
2. Gemburkan nasi bila dah masak.
3. Ambil plastic wrap (agak2 ukurannya)
4. Buka dan letak ats tapak tgn, taburkan sedikit garam. (ikut traditional jepun guna tgn je, tp tak nak melekit guna plastik lg mudah)
5. Masukkan nasi & leperkan
6. Letakkan inti tuna mayo.
7. Ambi sedikit nasi tutupkan ats inti td.
8. Bentukkan onigiri (ikut suka). Biasanya berbentuk segitiga.
    Untuk membuat bentuk segitiga, letakkn tgn yg sebelah lagi dalam bentuk "A" ke ats tgn yg memegang
plastik nasi dan bentukkan. 
9. Setelah siap, akhir sekali letakkan nori. (jika tak nak mkn segera jgn letak nori dulu. nnti norinya jd lembap)

haa..senangkan..... 
Bila dah pandai variasikan pelbagai intinya ikut kreativiti. ^_^ 


Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism