Friday, October 26, 2012

Filled Under:

PANDUAN SOLAT AIDILADHA

Cara melaksanakan solat sunat Hari Raya Korban atau Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha. Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut).
-TAKBIR RAYA


Panduan Solat Sunat Aidiladha
Takbiratul ihram /Niat solat:
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي
” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala” (untuk solat seorang diri).
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما للهِ تَعَالَي

” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala” (jika ikut imam – menjadi makmum).
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ اماما ِللهِ تَعَالَي
” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala” (jika jadi imam).
-
Membaca doa iftitah.
-
Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.
Membaca fatihah dan surah al Akla.
Rukuk dan sujud seperti biasa.
Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselang-selikan dengan tasbih 4 kali.
Membaca fatihah dan surah al Ghasyiyah.
Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
Memberi salam.
Disunatkan takbir dan doa,
Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjemaah)


Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism