GOMBAK – Dek kerana sikap cemburu buta, seorang wanita cedera dibelasah serta ditendang, malah kepalanya turut dipijak suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Rawang, di sini, kelmarin.
Difahamkan, wanita yang berusia 25 tahun
tersebut mengalami kecederaan di kepala dan badan serta terpaksa
mendapatkan rawatan di hospital berhampiran sebelum membuat laporan
polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi
itu, suami mangsa yang berusia lewat 20-an telah dikatakan memarahinya
kerana mendakwa mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
“Mangsa telah menafikan tuduhan tersebut
menyebabkan berlaku pertengkaran. Suaminya dikatakan naik angin lalu
bertindak melibas mangsa menggunakan tali pinggang”
“Tidak cukup dengan itu, mangsa juga turut diperlakukan dengan kejam apabila ditampar dan ditendang sehingga terjatuh”
Menurut sumber, stetlah terjatuh, suaminya bertindak memijak kepala serta membaling kerusi ke arah mangsa.
Mangsa yang cedera di kepala dan badannya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan tersebut.-forblogger“Bimbang perbuatan itu berulang, mangsa telah membuat laporan di balai polis berhampiran”
0 comments:
Post a Comment
Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?