Tuesday, November 13, 2012

Filled Under: ,

A.R Tompel - Sahabat Lagenda

A.R Tompel di Tengah
A. R. Tompel atau Aman Ramli dilahirkan di Tanjung Balai, Asahan, Indonesia. Semenjak di bangku sekolah, Tompel amat berminat dalam mengarang,khususnya mengarang cerita dan rencana. Minat beliau yang mendalam dalam karang-mengarang dipengaruhi tabiat beliau yang kuat berkhayal. Apabila meningkat remaja, beliau menumpukan perhatian yang penuh pada minat mengarang. Beliau berupaya mengarang cerita untuk pementasan sandiwara.


Cerita yang dikarang oleh beliau sarat dengan sindiran tajam terhadap penjajahan Belanda yang diselit secara halus.

Pada suatu ketika, Tompel mengarang cerita lucu secara bersiri, antaranya termasuklah Nasib Si Tompel, Mimpi Si Tompel dan Si Tompel Tertuduh. Siri Si Tompel cukup disukai ramai sehingga beliau mendapat julikan Tompel. Julukan tersebut kekal sehingga ke akhir hayat beliau.

Ketika berusia awal 20-an, A. R. Tompel menyertai kumpulan sandiwara, Keris Opera. Beliau melakukan pelbagai pekerjaan, sama ada di belakang pentas ataupun di depan pentas. Di belakang pentas, beliau mengarang cerita, mengatur set, dan sebagainya. Sementara, di depan pentas, beliau menari, berlakon dan berlawak.

Pada tahun 1946, A. R. Tompel ke Singapura bersam-sama rombongan sandiwara Rayuan Asmara. Di dalam rombongan tersebut, Tompel menjadi penulis cerita, pelakon dan penolong pengarah pementasan. A. R. Tompel beralih kedunia perfileman pada tahun 1949 untuk mengembangkan kerjaya beliau dalam bidang penulisan dan lakonan.

Tompel diterima bekerja di Syarikat Malay Film Productions (MFP) yang pada ketika itu sedang menambahkan jumlah pekerjanya sama ada di depan kamera ataupun di belakang kamera. Kebolehan Tompel menguntumkan MFP. Tompel bukan sahaja berupaya melakonkan watak lucu, malah beliau juga berupaya menjalankan tugas membantu pengarah filem. Pada ketika itu MFP hanya mempunyai seorang pengarah filem iaitu B. S. Rajhans yang berasal dari India.

A. R. Tompel mula dikenal oleh para peminat filem Melayu apabila beliau berlakon dalam filem Rachun Dunia, arahan B. S. Rajhans pada tahun 1950. Rachun Dunia dilakonkan oleh Osman Gumanti, Kasma Booty, Siput Srawak, dan P. Ramlee yang pada ketika itu hanyalah seorang pelakon pembantu. Dalam filem terse but, Tompel membawakkan watak lucu. Watak lucu yang dibawa beliau sungguh menghiburkan sehingga penonton ketawa terbahak-bahak.

Walaupun Tompel bekerja di MFP, beliau juga bekerja dengan syarikat Nusantara Film, secara rahsia. Nusantara Film merupakan pesaing MFP. Di Nusantara Film, Tompel menulis skrip sekaligus mengarah filem. Oleh sebab bimbang akan dikenakan tindakan undang-undang, beliau menggunakan nama samaran, Armaya. Di Nusantara Film, beliau telah mengarah enam buah filem antaranya termasuklah Perkahwinan Rahsia, Norma, Chinta Murni, Sehati Serasa, Sesal Tak Sudah, dan Seniati.

Setelah kontrak beliau tamat dengan MFP pada akhir tahun 1951, A. R. Tompel kembali meneruskan kegiatan bersandiwara. Beliau memimpin rombongan sandiwaranya sendiri, Kenchana. Bersama-sama Kenchana, Tompel menjelajah ke serata daerah di Tanah Melayu, termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei. Selepas lapan tahun memimpin rombongan sandiwara, A. R. Tompel kembali semula ke persada filem. Pada tahun 1961, A. R. Tompel mengarah sebuah filem di MFP, iaitu Abu Nawas yang dilakonkan oleh Jah Ismail, Yusof Bujang dan beliau sendiri. Pembabitan beliau dalam filem diteruskan melalui filem-filem arahan P. Ramlee. P. Ramlee banyak mengundang A. R. Tompel menjayakan filem-filem komedinya antaranya termasuklah Laksamana Do Re Mi yang merupakan filem terakhir lakonan A. R. Tompel dan filem terakhir arahan P. Ramlee.

A. R. Tompel pernah berkahwin sebanyak empat kali. Pertama, dengan P. Suriati, kedua, dengan Salmah Ismail (Saloma), ketiga, dengan Jah Ismail, dan kempt dengan Ruminah Sidek. Jejak A. R. Tompel dalam bidang perfileman diikuti oleh anak beliau, iaitu A. R. Badul, Amran, dan Adlin Aman Ramli. A. R. Tompel menghembuskan nafas terakhir beliau di Setapak, Kuala Lumpur pada tahun 1973 akibat kemalangan jalanraya.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism