Sunday, November 11, 2012

Filled Under: ,

Mati...!!!

 

Hukum Mengingat Mati


Walhal mengingat mati itu juga sebahagian daripada tuntutan syara’, di mana setiap individu disunatkan mengingat mati pada setiap ketika. Ini jelas sebagaimana diterangkan di dalam hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud beliau berkata yang maksudnya :



“Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: “Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya.”


Ibnu Mas’ud berkata: “Kami berkata: “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami benar-benar malu dan segala pujian bagi Allah.”


Baginda menjawab: “Bukan itu, akan tetapi malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya ialah kamu menjaga kepala dan apa yang ada padanya (telinga, mata dan lidah), menjaga perut dan apa yang terkandung padanya (hati dan kemaluan), dan ingat akan mati dan kesusahan. Dan sesiapa menghendaki akhirat maka dia meninggalkan kesenangan dunia. Sesiapa berbuat demikian itu (perkara yang tersebut di atas), maka dialah orang malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.”
(Hadits riwayat At-Tirmizi)


Di dalam riwayat yang lain daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Banyakkanlah ingatan kepada pemutus kenikmatan”, yakni mati.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism