Thursday, November 8, 2012

Filled Under:

Maut kena sengat ikan pari

       SENGAT ikan pari sangat berbahaya hingga boleh membawa maut jika terkena.

MUAR - Seorang nelayan meninggal dunia selepas koma selama dua hari apabila terkena sengat
ikan pari pada tangan kanannya ketika hendak mengeluarkan haiwan tersebut yang tersangkut pada jaring Sabtu lalu.


Pesara tentera, Rashid Arshad, 55, disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini semalam.


Mengimbau semula kejadian itu, isteri mangsa, Rashidah Ali, 48, memberitahu, kejadian berlaku pada pukul 5 pagi Sabtu lalu apabila suaminya turun ke laut dan memasang sebanyak 60 jaring untuk menangkap ikan bersama seorang rakan sejam sebelum itu.


Katanya, semasa menarik dua jaring terakhir, suaminya cuba mengeluarkan seekor ikan pari yang tersangkut namun tanpa diduga, tangan kanan suaminya telah terkena sengat.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism