Wednesday, November 7, 2012

Filled Under:

Pengenalan Tentang WINDOWS 8


Windows 8 merupakan sistem pengendalian keluaran Microsoft bagi kegunaan komputer peribadi, termasuklah komputer meja rumah dan perniagaan, komputer riba, tablet dan PC teater rumah.
Ia adalah sebahagian daripada keluarga sistem pengendalian Windows NT serta menggantikan Windows 7.
Pembangunan sistem pengendalian ini bermula sebelum pelancaran pendahulunya pada tahun 2009. Kewujudannya pertama kali diumumkan pada Januari 2011 semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna. Semasa pembangunan dan fasa ujiannya, Microsoft melancarkan tiga versi pra-pelancaran: Previu Pembangun (September 2011), Previu Pengguna (Mac 2012), serta Previu Pelancaran (Mei 2012). Pada 1 Ogos 2012, Windows 8 sudah melepasi peringkat pembangunan dan dilancarkan untuk pengilang. Windows 8 dijangkakan boleh didapati pada 26 Oktober 2012.
Windows 8 dibina berdasarkan bahasa reka bentuk Metro serta memperkenalkan satu bentuk baharu “perisian gaya Windows 8“, yang hanya boleh didapati melalui Windows Store. Windows 8 turut menampilkan skrin Start baharu, Internet Explorer 10, sokongan asli untuk USB 3.0, Windows Defender serba baharu yang menentang perisian jahat, Windows To Go, serta sokongan bagi UEFI SecureBoot, yang turut menimbulkan kontroversi.

Windows 8 boleh didapati dalam empat edisi utama: Windows 8Windows 8 ProWindows 8 Enterprise, dan Windows RT. Tiga edisi terawal mempunyai keperluan perkakasan yang sama seperti Windows 7. Edisi terakhir pula dijalankan pada komputer tablet dengan seni bina ARM dan mempunyai keperluan perkakasan berbeza. Vendor perkakasan yang sudi menerima pensijilan Microsoft bagi peranti keluaran mereka perlu memenuhi beberapa keperluan pensijilan. Windows 8 Enterprise dan Windows RT tidak boleh didapati di kedai-kedai jualan biasa.

paparan pengurusan sistem terbaru windows 8



Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism