Friday, November 2, 2012

Filled Under:

Rebat Beli Telefon Pintar 3G Bermula Januari

Kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, mulai 1 Januari depan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ( gambar) yakin program itu dapat dijalankan tanpa sebarang masalah berikutan persiapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang sangat baik.
"Walau bagaimanapun, kementerian saya sedang meneliti makna sebenar istilah smartphone yang digunakan dan kadar harga yang melayakkan pembeli menerima rebat tunai.
"Bila ini beres, saya kira tiada hal lagi (untuk pelaksanaan pemberian rebat). Ramai yang bertanya, jadi kita nak beri ruang secukupnya supaya mereka boleh berhubung terus dengan SKMM atau kedai-kedai dan ejen yang sudah didaftar," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 kementerian itu di Muzium Negara, di sini hari ini.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism