Sunday, November 11, 2012

Filled Under:

Tanah Runtuh Lagi


Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 12.2 menuju Genting Highlands iaitu 1.5 kilometer sebelum jalan keluar ke Gohtong Jaya di sini malam Sabtu.
Jurucakap Balai Bomba dan Genting Highlands berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.30 malam tadi ketika hujan lebat.
"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungiBernama.
Beliau berkata kejadian itu bagaimanapun tidak menjejas lalu lintas kerana hanya dua lorong naik di kawasan tanah runtuh ditutup, iaitu di bahagian jalanmenghala ke Gohtong Jaya.
"Kerja pembersihan jalan dan pembukaan jalan alternatif kini sedang giat dijalankan," katanya.
Beliau berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang ramai berhubung kejadian itu.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism