Friday, November 30, 2012

Filled Under:

Ummi Nazeera Nafikan Berkahwin Dalam Masa Terdekat, Belum Bersedia


Kali terakhir kami dengar perkhabaran aktress ini tentang kekasih beliau adalah pada Februari 2012 lalu. Hampir setahun kemudian, Ummi Nazeera membuka mulut.
Bercakap kepada Kosmo!, Ummi Nazeera mengakui sedang berkawan rapat dengan jejaka yang di’maksudkan tetapi belum memikirkan apa apa tentang perkahwinan.
Menurut aktress ini lagi, lelaki itu merupakan seorang senior beliau di universiti & sudah pun balik ke Malaysia kerana tamat pengajian — tetapi mereka masih berhubung rapat.
“Insya-Allah, jika ada jodoh dan takdir dengan dia, saya akan terima. Bagaimanapun, apa yang penting sekarang, saya perlu tamatkan dahulu pengajian,” ujar Ummi Nazeera.
Ummi Nazeera bagaimanapun nafikan yang percintaan dengan jejaka bernama Aizat ini adalah kerana beliau sudah serik akan pengalaman bercinta dengan teman artis.
“Saya tidak kisah bercinta dengan sesiapa pun, asalkan lelaki itu mempunyai latar belakang yang baik, beragama dan juga berpendidikan, itu sudah memadai,” tambah beliau.

SUMBER :www.syok.org

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism