Saturday, December 15, 2012

Filled Under:

Enggan jual wang kertas RM1 unik walau ditawar RM600

Cetakan BNM 1 timbul pada wang kertas RM1 (kanan)


Mohd Amir menunjukkan keunikan RM1 yang cetakan BNM 1 timbul berbanding wang kertas yang sama nilainya ketika ditemui di Taman Rekreasi Tampin, kelmarin.


TAMPIN – Seorang pekerja Majlis Daerah Tampin (MDT) tidak menyangka duit RM1 yang diperolehnya hasil jual beli sebelum ini mempunyai keunikannya yang tersendiri apabila cetakan BNM 1 timbul di bahagian tengah gambar Yang Dipertuan Agong.


Pekerja berkenaan, Mohd Amir Sheir Zuman, 25, berkata, keunikan wang itu hanya disedarinya apabiladia ingin membuat bayaran ketika membeli nasi lemak tiga minggu lalu dan dia terus menyimpan kembali wang berkenaan.


Menurutnya, sebaik tiba di tempat kerja, dia membelek kembali wang berkenaan dan menunjukkan kepada rakannya yang lain bagi membolehkan mereka mengesan keunikan duit berkenaan.


“Selain cetakan BNM 1 yang timbul, wang kertas ini juga lebih kecil saiznya berbanding wang RM1 biasa.


“Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan kemungkinan duit ini merupakan cetakan pertama RM1 lama ataupun cetakan terakhir sehingga menyebabkan BNM 1 berkenaan timbul berbanding duit kertas lain,” katanya ketika ditemui di Taman Rekreasi Tampin, dekat sini, kelmarin.


Sementara itu, Mohd Amir berkata, walaupun hanya RM1, ada seorang lelaki pernah menyatakan hasrat mahu membeli wang kertas itu dengan harga RM600 kerana ingin menggunakan duit berkenaan bagi tujuan perubatan.


Menurutnya, buat masa ini dia tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual wang kertas berkenaan, bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya ada individu yang dapat menjelaskan sebab keunikan duit berkenaan dan menawarkan harga yang munasabah kepadanya.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism