Antara Hikmah
Kejadian Siang Dan Malam.
1.
Supaya kita berfikir mengenai kehebatan dan Kekuasaan Allah agar kita tunduk dan
patuh kepada perintahnya.
2.
Supaya Otak dan badan kita boleh bekerja pada siang dan rehat pada waktu
malam.
3.
Supaya kita boleh beribadat kepada Allah pada malam dengan melakukan
Qiamullail.
4.
Supaya tumbuh-tumbuhan boleh melakukan proses fotosintesis untuk menghasilkan
oksigen dan mengurangkan Karbon dioksida.
5.
Supaya kita boleh tengok matahari terbit di awal pagi dan turun di waktu
senja.
Subhanallah,
hebat sungguh ciptaan Allah. Sentiasa teratur dan tersusun mengikut hukum alam.
Otak kita perlukan rehat pada malam hari, tetapi ramai mahasiswa menggunakan
waktu malam untuk mengerah otak. Bagi yang bekerja pada shift malam, badan
mereka di kerah oleh kilang-kilang supaya banyak produk boleh dihasilkan. Kesian
kat badan, jadi terbalik pulak. Tahukah anda, setiap hari terdapat 2 kali
pemandangan indah yang kita boleh lihat. Terbit matahari dan terbenam matahari.
Betul tak? tetapi adakah kita melihat dan mengucapkan Syukur kepada Allah??
Fikir-fikirkan…
0 comments:
Post a Comment
Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?