Saturday, December 29, 2012

Filled Under:

Makna cantik actress Hollywood


Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Malah, berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan seorang kaum Hawa. 

Kecantikan seseorang itu terletak pada diri sendiri di dalam menjadikan seseorang wanita kelihatan cantik menawan di hadapan orang ramai. 

Begitu juga dengan selebriti Hollywood yang anda lihat sentiasa tampil sempurna dan kita yang melihat pasti tertanya-tanya akan rahsia kecantikan mereka secara jujurnya. 

Untuk mengetahui rahsia sebenar kecantikan mereka, ikutilah kata-kata yang tertulis seperti di bawah: 

Emma Watson
“Saya amat percaya bahawa kecantikan seseorang datang dari dalam dirinya. Anda hanya akan boleh kelihatan jelita jika anda merasakan anda salah seorang daripadanya. Kecantikan itu akan menyerlah melalui wajah anda, cara anda berjalan dan cara anda membawa diri di khalayak ramai.” 

Scarlett Johansson

“Saya tidak pernah memakai bedak asas pada setiap hari dan apa yang saya gunakan hanyalah sedikit concealer. Tetapi, jika terdapat majlis besar yang memerlukan jurugambar mengambil gambar saya, apa salahnya untuk saya kelihatan menawan pada masa itu.” 


Eva Mendes
“Saya percaya apabila anda berasa selesa dan berkeyakinan dari dalam, kecantikan itu akan datang menyerlah secara luaran. Saya juga berfikir kita semua harus sentiasa tersenyum dan gelak. Adalah penting juga bagi kita untuk mencari masa merehatkan diri dan jalani kehidupan dengan ceria!” 

Jessica Alba

“Membasuh muka setiap malam sebelum tidur adalah rutin wajib harian saya. Dan yang paling penting sekali, sebelum keluar rumah, pastikan anda telah memakai losyen pelindung sinaran UV di wajah. Itu antara perkara yang tidak mungkin saya akan tinggalkan sepanjang umur saya.”

Sumber : Tupai

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism