Kuala Lumpur: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tetap beroperasi seperti biasa sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Katanya, sebanyak 14 kamera AES akan menyokong strategi penguatkuasaan lain yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Sejak AES dilaksanakan, berlaku perubahan sikap pemandu ketika memasuki zon operasi kamera AES yang juga kawasan kerap berlaku kemalangan.
“Ia menunjukkan AES berkesan dalam mendidik pemandu sekali gus menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Cho Ha berkata, selain AES, seramai 1,500 anggota penguat kuasa JPJ akan ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan di terminal dan depoh bas.
“Mereka akan melakukan penyamaran dan pemantauan di lokasi yang kerap berlaku kemalangan di samping menjalankan kempen keselamatan jalan raya oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

SUMBER : www.bharian.com.my
0 comments:
Post a Comment
Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?