Jackie Chan |
HONG KONG: Bintang veteran Hong Kong, Jackie Chan mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi apabila sekali lagi menggelar Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang paling korup di dunia. Chan yang mengeluarkan kenyataan kontroversi itu pada saluran Phoenix TV, bulan lalu menyatakan pendapat yang sama buat kali kedua kepada seorang penulis blog di negara itu. “Apabila bercakap mengenai korupsi di seluruh dunia ini, adakah amalan itu berlaku AS? Jawapannya, negara itu yang paling korup!”
“Dari mana puncanya kerosakan di dunia ini? AS yang memulakannya,” katanya sambil memberikan isyarat merujuk kepada krisis kewangan global yang sedang berlaku. Chan menambah, China merupakan negara yang masih muda, di mana separuh daripada tempoh kewujudannya ‘dibuli’ oleh pelbagai pihak lain.
Katanya, negara itu hanya menikmati kejayaan yang sebenar pada dekad lalu. “Pemerintah negara kami mengakui korupsi berlaku di sana tetapi kami sedang memperbaiki dan terus belajar,” katanya yang mengakui negara lain menimbulkan pelbagai isu terhadap China kerana kurang senang dengan ‘kuasa’ dimiliki republik itu kini.
Bagaimanapun, komen bintang filem Rush Hour itu mendapat kritikan hebat daripada penulis blog ruangan hal ehwal antarabangsa di Washington Post, Max Fisher. Dalam tulisannya, Fisher menyifatkan Chan sebagai ‘anti-Amerika’ kerana dipengaruhi perasaan kurang selamat sebagai masyarakat China. “Pandangan Chan merupakan refleksi kepada pendapat umum masyarakat China terhadap AS. “Ia yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak hanya dilihat pada kelakuan mereka, malah pada pandangan yang dipengaruhi perasaan kurang selamat itu,” katanya. - AFP
0 comments:
Post a Comment
Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?