Sunday, February 24, 2013

Filled Under:

'Pengadil tidak teruk'

Kuala Lumpur: Mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) masih berada pada tahap normal, ia tidak cemerlang dan juga tidak teruk, kata Ahli Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh.

Sehubungan itu, guru berusia 47 tahun yang bersara sebagai pengadil pada 2011 selepas menjadi pengadil simpanan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan itu berkata, semua pihak perlu bersikap positif untuk sama-sama membantu meningkatkan kualiti pengadil tempatan, bukan terus mencerca mereka.
“Pada pendapat saya, mutu pengadil kita masih normal.. cemerlang tidak, teruk pun tidak.

“Walaupun mungkin ada satu atau dua pengadil yang lemah, kita tetap perlu beri sokongan supaya mutu pengadilan yang ada terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai mutu pengadilan Liga-M dilihat semakin hari semakin menimbulkan persoalan apabila keputusan pengadil dalam beberapa perlawanan didapati agak ‘mengarut’, sekali gus menjurus kepada insiden pergaduhan pemain, selain penyokong yang marah membaling objek ke dalam padang.

Kemuncak kepada isu itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, membidas mutu pengadilan Liga-M yang disifatkan belum mencapai tahap profesional.


Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism