Monday, March 18, 2013

Filled Under:

Pemancing jumpa senjata api


TANJUNG PIANDANG - Seorang kaki pancing terkejut menemui senjata api yang diselaputi selut terdampar di tepi pantai sewaktu hendak memancing di pantai Ban Pecah, Tanjung Piandang, di sini lewat petang kelmarin.

Saksi enggan dikenali berkata, pada awalnya dia dan seorang lagi rakannya menyangka objek besi yang dilihatnya adalah senapang mainan ditinggalkan pengunjung pantai.

"Bagaimanapun, selepas ombak mengenai objek itu, kami rasa sangsi dan takut apabila mendapati objek itu adalah senapang benar yang tak diketahui jenisnya.

"Lepas melihat dan meneliti dari dekat, baru saya tahu ia bukan senjata mainan. Kami segera hubungi dan maklumkan polis kerana bimbang ia senjata curi dan mungkin disalah guna," katanya ketika ditemui, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika ditemui mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan terperinci masih lagi dijalankan.

Menurutnya, siasatan berjaya menemui sepucuk pistol yang turut terdampar dan diselaputi selut berhampiran lokasi senapang itu ditemui.

“Pihak kami masih lagi menyiasat bagaimana kedua-dua senjata api ini berada di sini sama ada ianya ditinggalkan pihak tertentu ataupun dihanyutkan ombak,” katanya. ~Sinar Harian~

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism