Pendatang yang ditahan mengendong anak mereka ketika serbuan, awal pagi semalam. |
SEREMBAN – Seramai 50 bayi dan kanak-kanak pelarian warga Myanmar ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi di Flet Lobak, di sini, awal pagi semalam.
Operasi bermula kira-kira 12 malam dan berakhir tiga jam kemudian turut menahan 104 lelaki dan wanita berumur 20 sehingga 40 tahun dipercayai menjadikan kawasan perumahan berkenaan sebagai tempat penempatan.
Pengarah Jabatan Imi-gresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, serbuan berkenaan dilakukan hasil maklumat Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
"Kita melakukan serbuan dan dalam tempoh tiga jam, seramai 154 warga Myanmar ditahan. Daripada jumlah itu, 50 adalah bayi dan kanak-kanak berumur antara empat bulan hingga 10 tahun,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati empat daripada mereka dilahirkan di negara ini dan mempunyai sijil kelahiran tetapi berstatus bukan warganegara.
Faizal berkata, daripada jumlah tersebut, 24 orang merupakan bayi dan kanak-kanak lelaki, manakala 26 lagi perempuan masing-masing memegang kad United Nation Humanitarian Committee for Refugee.
Selain itu, katanya, turut ditahan adalah 54 lelaki dan 50 wanita warga Myanmar berumur 20 hingga 40 tahun.
“Kesemua ditahan merupakan pelarian dari etnik Chin, Rohingya dan Sri Lanka. Mereka ditahan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan hanya memegang kad pelarian,” katanya.
Kata Faizal, hasil soal siasat mendapati mereka mencari rezeki di negara ini dengan bekerja sebagai buruh binaan, pembantu di restoran Cina dan Pasar Besar Seremban.
Menurutnya, kebanyakan mereka yang menetap di kawasan perumahan itu tinggal berkeluarga dan ada yang menyewa sehingga lapan orang dalam sebuah rumah.
“Kesemua ditahan disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka dibawa di Pejabat Imigresen, Senawang untuk proses saringan sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Lenggeng,” katanya.
Beliau turut meminta kesemua pemilik flet berkenaan yang menyewakan rumah mereka kepada pendatang asing berkenaan supaya tampil membantu siasatan.

SUMBER : www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment
Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?