Tuesday, September 24, 2013

Filled Under:

Nubhan AF6 Istimewa Di Mata Ezham?

Kemenangan Mohd E'zham I'dinazahar atau Ezham, 24, menjuarai pertandingan Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan (PRBMH) yang diadakan di Matic, Jalan Ampang pada 25 Januari 2010 yang lalu khabarnya telah mencetuskan sedikit kontroversi.

Kononnya dia menang mudah kerana telah menggunakan populariti tempat ketiga bintang AF6, Nubhan untuk bertapak dalam industri hiburan tanahair. Ini terbukti apabila dia turut dinobatkan sebagai peserta pilihan peminat melalui undian SMS? Apakah benar dakwaan itu? Apakah pula kena-mengena di antara dia dan Nubhan?

Menjawab spekulasi ini, Ezham menjelaskan kemenangan dia tiada kaitan langsung dengan Nubhan. Malah, kedatangan Nubhan pada hari itu bukanlah semata-mata untuk menyokongnya tetapi dia telah diundang hanya sebagai artis undangan saja.

"Saya kenal Nubhan sewaktu saya menyertai pertandingan model anjuran majalah I-Remaja. Sejak itu, kami berkawan dan selalu lepak dan borak bersama. Selain itu, saya juga selalu mengikuti program anjuran Nubbies (kelab peminat Nubhan).

"Memang saya tak nafikan, ramai orang cakap wajah saya seiras Nubhan. Tapi terus-terang, saya tiada pertalian darah dengan dia. Saya sendiri tertanya-tanya, di bahagian manakah wajah kami seiras," ujarnya.

Dalam pada itu, kemenangan Ezham turut dipertikaikan memandangkan dia juga bergelar pelakon drama.

"Saya memang banyak mencuba dan menyertai pertandingan. Pun begitu, PRBMH adalah pertandingan yang banyak kenalkan nama saya. Saya ni bukanlah sesiapa lagi dalam industri. Saya masih lagi baru dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.

"Soal saya disingkirkan dalam pertandingan anjuran akhbar Utusan sejurus selepas menyertai PRBMH, saya tak tahu sebabnya. Namun, saya terima keputusan dari pihak juri dengan hati terbuka. Alhamdulillah, saya difahamkan sekarang ni Rosyam Noor dan David Teo sedang mengintai saya untuk berlakon dalam drama mereka.

"Saya juga dalam proses mengeluarkan single yang dibuat oleh ahli kumpulan Newboyz (NB) iaitu Hafiz. Berkemungkinan besar lagu itu nanti mempunyai bunyi ala-ala lagu Kerispatih dan lagu Oh Juwitaku nyanyian Nubhan," jelasnya.

Menambah cerita lagi, Ezham mengatakan sebelum ini dia pernah aktif dalam bidang nyanyian sewaktu di bangku sekolah. Malah, dia pernah bersama kawan iaitu Samad dan Acap menerusi kumpulan Treble. Bagaimanapun, kini dia terpaksa bergerak solo kerana dua rakannya itu sudah sibuk dengan komitmen lain.

"Walaupun saya selalu ambil Nubhan sebagai contoh, ia bukan bermaksud apa-apa. Saya anggap Nubhan sebagai abang dalam industri saja. Tak lebih dari itu.Yelah, Nubhan lebih dulu menyertai bidang seni. Saya juga selalu minta nasihat darinya.

"Demi Allah, saya tiada niat nak tumpang populiriti Nubhan. Kalau niat saya tersasar maka tersasarlah apa yang saya lakukan. Bagi saya, isu tumpang populiriti ini tak muncul.

"Saya bukannya cakap Nubhan itu terlalu istimewa kepada diri saya. Bagi saya semua orang ada kehebatan tersendiri. Kalau ikutkan, saya lebih respect lakonan Afdlin Shauki dan nyanyian pula, Faizal Tahir," katanya.

Sementara itu, memandangkan Ezham yang bersungguh-sungguh untuk bergelar artis, murai.com.my difahamkan jejaka ini sanggup tidak berbaju untuk popular. Betul ke?

"Kalau dalam kerja, saya memang boleh buat. Tapi tidaklah sampai buka seluar atau pun seluar dalam. Senang cerita tak sampai tahap berbogel. Saya pose seksi pun ada hadnya," katanya mengakhiri perbualan.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism