Thursday, November 7, 2013

Filled Under:

Bagaimana Kita Boleh Sombong Dengan Allah Tanpa Sedar?

“Kenapa sombong dengan ALLAH sedangkan wujudnya kita kerana DIA.”
Terasa macam ditampar dengan sangat kuat dan kemudian seperti baru terjaga dari lena yang panjang. Peringatan ALLAH tu datang sekejap saja dan bila-bila masa.
Kadang-kadang dalam keadaan kita tak sedar pun.
Hebatkah kita berbanding kuasa ALLAH?
Terkadang tu, tersedar diri ini banyak dosa. Lalu, terasa malu untuk meminta-minta pada ALLAH. Sedangkan kita tahu, ALLAH suka akan hamba-NYA yang meminta-minta dan berdoa.
Kerana doa dan perasaan meminta-minta adalah jiwa seorang hamba.
Terlihat status yang ditulis oleh seorang sahabat,
“Tanya pada jasad, kenapa hanya lama di tempat sujud bila dalam kesusahan?
Tanya pada ruh, kenapa hanya mencari Allah bila dalam kesusahan
Tanya pada jasad, kenapa menuju dunia ketika dalam gembira?
Tanya pada ruh, kenapa mencintai dunia dalam gembira?
Teman, bibirmu lancar menyebut kalam Allah bila dikau benar2 memerlukan pertolonganNYA. 
Tapi, bila DIA sudah mengurniakan pertolonganNYA, di manakah suaramu itu? Kitab itu kau tinggalkan ia di meja, disapa debu2 jalanan. Kau sambut pula tawaran dunia yang hanya permainan semata.
Sungguh, Allah menyukai satu amalan yang istiqamah walaupun sedikit.”
Buat aku tersedar,
  • Apakah ALLAH hanya wujud di saat kesusahan?
  • Apakah ALLAH hanya diperlukan saat terluka?
  • Apakah ALLAH hanya di ingatan saat sendirian?
  • Apakah al-Quran itu peneman hanya di kala kesunyian?
  • Apakah al-Quran itu diturunkan hanya untuk penenang hati di kala kesedihan?
  • Apakah airmata merintih itu hanya mengalir di saat hati terluka?

Persoalan yang muncul adalah,

  • Kemana hilangnya kita saat gembira?
  • Kemana perginya kita saat dihadiahkan kejayaan?
  • Kemanakah kita melangkah saat kita dikelilingi insan yang kita sayang?
  • Kemanakah kita saat ALLAH gantikan semua ujian dengan kemanisan dan kebahagiaan?
Sedangkan, DIA tak pernah jauh. DIA tak pernah lupakan kita. Sedangkan DIA wujud di setiap saat.
Pintalah pada-NYA. Serulah nama-NYA. Merintihlah pada-NYA. Di setiap saat. Di setiap masa. Di waktu suka mahupun duka. Kerana DIA sentiasa ada, sentiasa tak pernah jauh, dan DIA sentiasa mendengar dan melihat. Kerana DIA, ALLAH yang mencintai hamba-NYA.
Peringatan ini buat diriku, kerana aku juga seperti itu. Lamanya sujud di sejadah saat terluka, kecewa dan mengharapkan pertolongan-NYA. Al-Quran jadi peneman hanya di saat memerlukan. Kalam ALLAH di bibir hanya apabila ujian ditimpakan. Zikrullah hanya meniti di bibir saat terasa hati ini sesak dengan masalah dunia. Nama-NYA hanya di bibir saat ketakutan.

Kita Sebenarnya Sombong

Ya, memang sombong. Mencari DIA hanya apabila memerlukan. Dilupakan saat bahagia.
Lalu, DIA sering hadirkan kita dengan kelukaan, ujian, musibah dan ketakutan di saat kita sedang berbahagia.
Kerana, DIA mahu kita kembali mendongak kepada-NYA, bukan terus sombong terhadap-NYA.


Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

1 comments:

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism