Tuesday, November 12, 2013

Filled Under: ,

Negeri Johor Cuti Minggu Hari Jumaat Dan Sabtu


Ada dakwaan yang mengatakan Johor bakal kembali cuti pada jumaat dan sabtu. Sebelum ini, Negeri Johor merupakan negeri yang pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum tahun 1994 sebagaimana Negeri-Negeri Tidak Bersekutu yang lain, tetapi ditukar kepada Sabtu dan Ahad pada tahun 1994.

Dikatakan, Salah satu sebab Johor bakal Cuti Rehat Hari Jumaat adalah bagi menggalakkan golongan lelaki bersembahyang Jumaat. Penasihat Agama Negeri, Y.B. Dato’ Noh Bin Gadut dikatakan telah mengusulkan kertas kerja Cuti rehat hari jumaat kepada Sultan Johor dan hanya tinggal menunggu perkenan sultan.

Dan terbaru terdapat maklumat yang mengatakan Sultan telah mengesahkan perkara ini:-
Maklumat yang diterima seperti dibawah :

Negeri Johor Darul Takzim confirm cuti mingguan diubah kembali kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula Januari 2014. Sultan johor dah beri perkenan.
Ini bermakna Ahad kakitangan awam Johor kembali bertugas seperti di Kedah, Kelantan dan Terrengganu pada hari Ahad hingga Khamis seperti ditahun 90an.

apapun kita tunggu info rasmi. Mungkin ni hanya khabar angin je…Selagi Belum ada Keputusan Rasmi mengenai cuti hari jumaat ni bermakna ianya belum sahih, Admin harap ianya betul-betul terjadi dan satu lagi kawan Admin ada bagitahu Sultan Johor sudah perkenankan cuti tersebut cuma belum rasmi je.



Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism