Saturday, December 14, 2013

AIM20 : Hafiz & Najwa Diramal Juarai Vokal Terbaik?

Selepas berakhirnya beberapa majlis anugerah baru-baru ini, kini tiba pula giliran Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) yang bakal menyusul pada 14 Disember 2013.
Melihat kepada senarai pencalonan majlis anugerah berprestij ini, banyak nama-nama besar yang bersaing merebut trofi terbaik bagi menaikkan lagi populariti mereka.
Antara kategori panas yang menjadi rebutan ramai penyanyi berbakat adalah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita.
AIM20 : Hafiz & Najwa Diramal Juarai Vokal Terbaik?
Hazama turut bersaing merebut trofi yang sama dengan Hafiz
Untuk pengetahuan anda, bukan calang-calang orang yang berjaya tercalon di dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki. Antaranya seperti Faizal Tahir, Azlan & The Typewriter, Hafiz Suip, Hazama dan Ronnie (Hyperact).
Kelima-lima mereka memang diketahui mempunyai kekuatan vokal yang sangat hebat, namun jika bercakap soal populariti lagu dan penerimaan peminat, Hafiz dilihat mampu mengalahkan penyanyi yang lain memandangkan dia sendiri sudah beberapa kali memenangi trofi vokal terbaik di AJL25, 26 & 27 serta anugerah Shout! Awards 2013 baru-baru ini.
Sementara itu, kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita pula menampilkan penyanyi-penyanyi senior seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, dan Dayang Nurfaizah bersaing dengan Adira dan Najwa Mahiaddin.
AIM20 : Hafiz & Najwa Diramal Juarai Vokal Terbaik?
Mampukah vokal Najwa menewaskan penyanyi yang lain?
Jika sebelum ini Jaclyn Victor telah berjaya menewaskan Dato’ Siti di dalam kategori yang sama, timbul pula persoalan berkenaan kemampuan Jaclyn untuk mengulangi kejayaan itu.
Mana tidaknya, kelunakan vokal Najwa Mahiaddin yang tidak kurang hebatnya dikatakan mampu merampas takhta vokal terbaik daripada Jaclyn.
Secara jujurnya, memang susah untuk membuat pilihan dan keputusan yang tepat pada AIM20 tahun ini, apatah lagi calon-calon yang bertanding mempunyai bakat tersendiri menerusi karya masing-masing.
Apapun sama-samalah kita nantikan siaran AIM 20 pada hari Sabtu ini jam 9 malam di Stadium Putra Bukit Jalil dan tonton siaran langsungnya di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD untuk mengetahui keputusan pemenang.
Mungkin sahaja pemenang yang diramal pada ketika ini tidak berjaya membawa pulang trofi pada malam tersebut, siapa tahu kan? Sementara itu, jom lihat senarai penuh nama-nama penyanyi yang tercalon dalam AIM 20 di bawah ini.
AIM20 : Hafiz & Najwa Diramal Juarai Vokal Terbaik?

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism