Terkejut mendengar apabila buat pertama kalinya dalam 112 tahun bumi Mesir dituruni salji. Allahuakbar. Tergamam seketika. Pada hari Jumaat, 13 Disember 2013, Bandar Cairo tiba-tiba dipenuhi dengan bintik-bintik putih dari langit. Salah satu tanda kecil kiamat adalah, bumi Mesir yang panas, tidak pernah dituruni salji, tiba-tiba sahaja mengalami musim salji.
Tanda-tanda kiamat kecil.
Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih MuslimSemuanya dengan izin Allah. Sebagai peringatan, Hari kiamat itu rahsia Allah. Kita beriman dengan Hari Kiamat, supaya kita tahu bahawa hidup kita di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Kita kejar dua-dua, dunia kita kejar tapi kita lebihkan mengejar akhirat, sebab disana tempat yang paling kekal abadi.


Kredit gambar : Huffingtonpost
Selain itu, ini juga bermaksud iklim berubah. Bermaksud pergerakan matahari turut berubah. Allahurabbi. Tanda akhir zaman semakin banyak.
Saya sendiri leka dengan dunia, yang saya juga sedar, dunia ini sementara tapi hati duniawi ini kuat mempengaruhi diri. Ya Allah. Sudah bersediakah kita ditikar sejadah? Atau masih leka dengan dunia? Atau masih bersorak tentang kebanggan dunia yang dimiliki? Atau masih menuding silap disana sini tanpa menoleh amalan sendiri? Atau masih alpa dengan tanggungjawab sebagai umat Islam? Allahuakbar.
KITA TAK BUTA, KITA TAK PEKAK TAPI KITA BUTA MELIHAT YANG BENAR, MENDENGAR CUMA YANG PALSU. AYUH BUKA MATA KITA, PASANG TELINGA KITA.
UPDATE : From Ustaz Zahazan Mohamed facebook: Syria, Lubnan dan Jordan juga turut dilanda salji. Mereka hanya tidur di dalam khemah dan mereka tiada punyai baju tebal yang sesuai untuk musim salji. Kanak-kanak mati kesejukan dan mereka juga kelaparan. Salji ini tidak akan berakhir selama tiga bulan. Marilah sama-sama kita mendoakan saudara kita sana. Segala bentuk bantuan amatlah dialu-alukan.
Bersyukurlah kita, matahari masih bersinar diatas kepala kita, kita masih merasai haba panasnya matahari dan makanan yang mencukupi. Bersyukurlah wahai diri.
peringatan dari Allah. Orang Malaysia pun dok sibuk nak gaduh aje......
ReplyDeletetahu tak apa
ReplyDeleteAssalamualaikum. Jemput singgah blogwalking di http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info vitamin dan suplemen produk kesihatan Shaklee
ReplyDelete