SINGAPURA: Jumaat lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Sakae Sushi,
Douglas Foo bercerita di radio UFM100.3 mengenai kepayahan untuk mencari
pekerja berkolar biru tempatan. Ketika diwawancara, Foo berkata, dia tidak
dapat mencari pencuci walaupun ditawarkan gaji Sg$3,000 (RM7,500) sebulan.
Perbualan itu menyebabkan debat umum, di mana ramai pengguna
internet berpendapat tawaran gaji setinggi itu sukar dipercayai.
Seorang lelaki dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata,
"Saya pernah menjadi pengurus dan hanya dibayar gaji Sg$2,500 (RM6,247).
Sukar untuk dipercayai seorang pencuci mendapat gaji Sg$3,000 (RM7,500)."
Walau bagaimanapun, ketika Foo ditemui oleh akhbar untuk
diwawancara, bukan saja dia menolak kata-kata mereka yang skeptikal, malah
menambah, Sakae Sushi kini mencari 10 pekerja untuk mencuci pinggan dan menjaga
kebersihan kedai mereka.
Mereka juga perlu datang kerja lebih awal, sebelum kedai
dibuka untuk membersihkan premis dan membuang sampah.
Walaupun restoran itu dilengkapi dengan mesin pencuci
pinggan mangkuk, Foo berkata pekerja manual masih diperlukan untuk membersihkan
sisa makanan dari pinggan mangkuk.
Katanya, calon pekerja mencuci pinggan didapati tidak
sesuai, kerana itu mereka mempunyai kekosongan untuk 10 pekerja.
Semalam, syarikat itu melalui laman Facebooknya, mengesahkan
mereka mencari pencuci pinggan warga tempatan atau penduduk tetap Singapura
dengan tawaran gaji Sg$3,000, sebulan.
Dalam status yang dikemas kini pada jam 5 petang, Sakae
Sushi berkata: “Kami mengesahkan kami mencari pekerja warga Singapura atau
penduduk tetap dengan gaji Sg$3,000.”
Mereka yang memberi respons kepada status itu skeptikal dan
menganggap ia cuma helah pemasaran. - ST
kalu aku sanggup...
ReplyDeleteaku pong
ReplyDelete