Thursday, October 18, 2012

Filled Under: ,

Sheikh Muszaphar Berlakon


TANGGAL 10 Oktober 2007, seorang rakyat Malaysia telah dipilih mewakili negara untuk bergelar angkasawan pertama yang naik ke angkasa lepas.
Selepas lima tahun bergelar pakar motivasi dengan memberi ceramah di sekolah-sekolah tentang pengalaman di angkasa lepas, kini tiba masanya untuk mendedahkan gambaran sebenar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie ketika berada di ruang yang masih dipenuhi pelbagai misteri itu.
Filem berbentuk rencana itu bakal menemui penonton di Malaysia secara eksklusif pada tahun hadapan.
Diberi judul No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal, ia digarap oleh pengarah, Imran Ismail.
“Cerita ini adalah berdasarkan pengalaman dan kisah benar angkasawan negara pertama kita, yang dirakamkan ketika berada dalam kapal SOYUZ TMA-11.
“Rakaman selama 10 jam itu akan disunting menjadi 90 minit mengikut format sebuah filem.
“Kami juga membuat penambahbaikan sebanyak 30 peratus dan menyelitkan elemen suspen, seram dan juga emosi. Itulah sebabnya, kami memilih untuk membuat filem berbentuk rencana dan bukan dokumentari,” tutur Imran ketika ditemui pada sidang akhbar yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Jalan Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.
Idea asal penghasilan filem ini merupakan hasrat arwah bapa Sheikh Muszaphar sendiri iaitu Datuk Sheikh Mustapha Abdul Shukor untuk menunjukkan kepada dunia tentang bagaimana perjalanan angkasawan pertama ini ketika berada di angkasa.
Bagi Sheikh Muszaphar sendiri, setelah lima tahun menyimpan rakaman video tersebut, sudah tiba masanya untuk dia menunjukkan kepada dunia, khususnya masyarakat di Malaysia tentang segala persoalanan yang sering diajukan kepadanya.

“Apabila saya mengadakan motivasi serta ceramah, ramai yang bertanyakan saya tentang perasaan dan apa yang saya lihat ketika berada di atas sana.
“Sejujurnya, memang ia sesuatu yang sukar dijelaskan. Namun melalui filem ini, mereka bakal melihat apa yang dapat saya lihat semasa berada di angkasa selama 10 hari itu,” jelas Sheikh Muszaphar.
Tambahnya, ia merupakan janjinya terhadap rakyat Malaysia dan hasratnya yang ingin menyebarkan mesej kepada dunia tentang kebesaran Allah.
“Saya harap selama 90 minit itu, penonton akhirnya akan sedikit sebanyak merasai perasaan yang selama ini saya gambarkan melalui ucapan-ucapan saya.
“Semasa saya menjadi angkasawan, ramai yang mendoakan kejayaan saya. Maka, inilah masa saya membalas semula jasa mereka dengan memberikan tontonan eksklusif kepada rakyat Malaysia.
“Selepas ini, memang kami ada menyasarkan untuk membawa filem ini untuk ditayangkan di luar negara, khususnya di negara-negara Islam kerana mereka ingin mengetahui banyak perkara, sebagai contohnya, cara bersolat di ruang angkasa,” tutur Sheikh Muszaphar yang ingin memberikan paparan terbaik buat rakyat Malaysia melalui filem tersebut.
Buat masa ini, No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal masih lagi dalam proses pembikinan. Ia bakal menggabungkan rakaman asal Sheikh Muszaphar sendiri serta eleman tiga Dimensi (3D) dan teknik imej janaan komputer (CGI).
Dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember ini, filem tersebut bakal menemui penonton di pawagam tempatan pada awal tahun 2013.


Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism