Monday, November 5, 2012

Filled Under:

Karipap Dara

 Img00303-20110219-1634 

Bahan-bahan ( ±15 biji )

  • ~ Inti ~
  • 4 biji bawang merah / 1 biji bawang besar (dikisar),
  • 100 gm udang kering (dikisar),
  • kacang panjang
  • daun sup,
  • 1 biji keledek bersaiz besar (direbus &dilenyek),
  • 3 sudu makan serbuk kari daging,
  • 1 sudu makan cili kisar (kalau nak pedas tambah lebih)
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • ~ Doh ~
  • 1/2 kg tepung gandum,
  • 3 sudu planta/ marjerin,
  • secawan air,
  • secubit garam

Cara-cara

  1. 1. Panaskan kuali dan minyak. Masukkan bahan yg dikisar & cili kisar sehingga sedikit kering dan naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari daging ke dalam dan gaulkan sebentar. Kemudian masukkan air. Masukkan kacang panjang dan gaul sebati.
  3. Masukkan keledek yang telah dilenyek tadi ke dalam. Kemudian masukkan garam dan gula disusuli daun sup. Gaul hingga likat. Siap dan boleh di angkat.
  4. Canaikan doh dan tekapkan pada acuan karipap. Sudukan inti yg telah digoreng tadi ke dalam dan kapit rapat. Buang doh yg berlebihan dan boleh susun dalam dulang.
  5. Goreng ikut kehendak anda.Siap dan boleh dimakan bersama keluarga.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism