Monday, November 5, 2012

Filled Under:

Buang Saka Dengan Harga RM777.77

Menerusi blogger Bersama Mazidul yang telah menerima emel dihantar oleh seorang wanita menggelarkan dirinya Ila telah menceritakan kisah semasa beliau berada di hospital.
Ayah Ila yang dimasukkan ke hospital dan doktor mengatakan dia tidak mempunyai harapan buat hidup lebih lama.

Tiba-tiba muncul ‘ustaz’ bagi menyuntik semangat kepada semua ahli keluarganya.
Dimaklumkan, ustaz tersebut mempunyai kad berwarna hijau yang diperolehi dari Kementerian Kesihatan. Justeru dia dibenarkan keluar masuk melawat pesakit pada bila-bila masa tanpa dihalang dari pengawal keselamatan.
Ustaz tersebut mendakwa kononnya ayah Ila sedang sakit akibat saka serta menuntut bayaran fidyah, RM777.77 dan upah itu perlu dijelaskan segera sekiranya mahu membuang saka ataupun sebarang gangguan.
Ustaz itu juga memaksa dan mengugut keluarga pesakit lain bagi membeli ubat dijualnya yang berharga RM600, kononnya dapat memulihkan kesihatan pesakit, termasuk ayah Ila.
Dia juga meminta keluarga pesakit bersedekah bagi anak-anak yatim di sekolah tahfiz di Rawang, Selangor. Ustaz itu mendakwa akan membawa ‘pelajar’ dari sekolah terbabit bagi membacakan doa kepada pesakit walhal mereka sebenarnya anaknya sendiri.
Berikutan khidmat yang ditawarkan itu, keluarga pesakit perlu memberikan wang sebagai upah kepada mereka.
Ustaz itu  difahamkan menjadikan pesakit warga emas sebagai mangsa pujukan kata-kata manis kononnya bagi membuang saka serta meningkatkan kesihatan pesakit.
Dimaklumkan kepada saya, ramai pesakit di wad kini telah menjadi mangsanya.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism