Monday, November 5, 2012

Filled Under:

PUNCA RAMBUT KELEMUMUR DAN CARA ATASI

Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita dan lelaki. Rambut yang lebat dan sihat mempengaruhi penampilan dan usia setiap individu.

SEBAB & PUNCA RAMBUT KELEMUMUR

Jangkitan Yis Malassezia
Kulit di bahagian kepala berbeza dengan bahagian lain kerana epidermisnya lebih tebal dan lebih berpeluh serta berminyak. Ia terbahagi kepada tiga lapisan utama iaitu, dermis, hypodermis dan epidermis yang terbahagi pula kepada corneum dan basal.

Proses penggantian sel-sel berlaku di bahagian Basal yang mana sel-sel dibahagi dan sel baru dibentuk. Sel yang baru akan menolak sel lama ke atas bahagian lapisan kulit sebagai cara ia matang.

Proses ini berakhir apabila sel sampai pada lapisan corneum dan tanggal dengan sendiri apabila kulit kepala digosok atau dibasuh.

Kulit Kepala Berminyak & Gatal-Gatal

Ia punca biasa menyebabkan kelemumur dan kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Ia bukan sahaja berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kelangkang dan kadangkala pada bahagian ketiak. Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.

Kurang Mencuci Rambut
Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Psoriasis
Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang meng hasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.

Ekzema
Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa. Sensitif pada sesetengah produk kadang kala sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

CARA ATASI KELEMUMUR

Syampu rambut dengan kerap sekiranya kulit kepala dari jenis yang berminyak.

Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut.

Gunakan syampu yang telah mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau badan kerajaan yang berkenaan.

Anda boleh mencuba petua-petua tradisional seperti penggunaan daun lidah buaya dan santan.


Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism