Monday, November 5, 2012

Filled Under:

Ayamas Nafi Guna Antibiotik Haram

\
KUALA LUMPUR – Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. (Ayamas) menafikan syarikat itu menggunakan antibiotik yang diharamkan dalam produk makanan sejuk beku dan ayam segar keluaran syarikat berkenaan.


Pengurus Besar Komunikasi Korporatnya, Rosniza Baharum berkata, Ayamas tidak pernah menggunakan Chloramphenicol atau antibiotik yang diharamkan.

Justeru, katanya, pengantungan pengimportan produk ayam tertentu oleh Ayamas ke Sarawak kerana pengesanan Chloramphenicol dalam sampel ayam sebagai mengejutkan.

:Kami tidak pernah menggunakan Chloramphenicol atau mana-mana antibiotik haram lain dalam sistem kami. Ujian rutin kami juga tidak mendapati apa-apa penggunaan antibiotik dalam bahan-bahan mentah yang kami gunakan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Rosniza berkata, pihaknya bagaimanapun mengambil perkara serius dakwaan itu dan menjalankan siasatan rapi serta bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu itu.

Jelas beliau, Ayamas melaksanakan langkah kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan hanya produk berkualiti meninggalkan kilang syarikat itu kerana kesihatan dan keselamatan pengguna merupakan satu keutamaan.

Media hari ini melaporkan operasi sebuah syarikat pengeluaran produk makanan beku dan ayam segar terkenal di negara ini mungkin dihentikan jika ujian makmal oleh Kementerian Kesihatan terhadap produk daging ayam keluaran syarikat terbabit mengandungi antibiotik yang diharamkan.
Kerajaan Sarawak baru-baru ini mengeluarkan larangan import produk berkenaan berkuatkuasa serta merta selepas satu ujian menemui antibiotik Chloramphenicol.

Sumber - mynewshub.my

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism