Wednesday, December 19, 2012

Filled Under:

Brother Lancar Mesin Jahit Versi Disney!


Brother International Malaysia, peneraju peralatan perumahan dan peralatan IT perniagaan yang memberi fokus kepada pendekatan “Keutamaan kepada Pelanggan”, sekali lagi menaik taraf trend industri serta kemajuan teknologi dengan memperkenalkan siri terbaru mesin jahit dan sulaman yang mempunyai pelbagai template watak DISNEY, iaitu Innov-ís 4500D dan Innov-ís 1500D. Siri terbaru mesin jahitan ini menawarkan prestasi terbaik dalam sebarang projek jahitan isirumah, para pelanggan SOHO dan juga industri tekstil. 


Kedua-dua mesin ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang telah direkabentuk untuk menjimatkan masa seperti:- 

» Kawasan sulaman yang luas 

» Panel sentuh LCD yang memuatkan arahan jahitan dan sulaman 

» Keupayaan menyunting sulaman 

» Rekabentuk dalaman jahitan dan sulaman, termasuk corak eksklusif dari DISNEY 

» Sistem pemasangan benang yang canggih 

» Walking foot clearance pada tiga kedudukan yang berbeza 

Di samping itu, kedua-dua mesin ini dilengkapi dengan Universal Serial Bus (USB) dan slot kad untuk memudahkan pemindahan serta penaikan taraf fail yang tersedia dalam mesin jahit. 

Innov-ís 4500D
Pembaikan ciri-ciri bagi siri Innov-ís 4500D adalah terdapat 416 rekabentuk dalaman termasuk 134 reka bentuk watak DISNEY. Terdapat panel kawalan paparan skrin sentuh LCD yang boleh menunjukkan semua maklumat yang diperlukan oleh pengguna dalam penuh warna dan beresolusi tinggi untuk memudahkan pengguna menyunting rekabentuk jahitan dan sulaman. 

Panel LCD akan mengesyorkan tetapan jahitan yang sesuai bagi pengguna. Di samping itu, dengan hanya satu sentuhan pada skrin, corak jahitan, sulaman dan tutorial boleh dipilih, termasuklah ciri-ciri penyuntingan seperti pelarasan susun atur, putaran corak, pengimejan cermin dan juga pembetulan saiz dan warna reka bentuk. 

Ciri pautan ke komputer membolehkan pengguna menyambungkan mesin jahit ke komputer dan seterusnya memuat turun rekabentuk sulaman serta memuat naik program ke Internet. Corak-corak sulaman juga boleh diimport dan dieksport ke/dari komputer dengan menggunakan USB

Ciri penyesuaian ketinggian secara automatik pula membolehkan bentuk jahitan yang sempurna ke atas pelbagai kain yang mempunyai ketebalan yang berbeza. Ini menjadikan Innov-ís 4500D amat sesuai untuk menjahit selimut yang terdiri daripada pelbagai jenis fabrik. Tambahan pula, dengan kawasan sulaman yang luas, iaitu sebesar 300mm x 180mm, pengguna dapat mereka sulaman yang rumit tanpa perlu membuat “re-hooping”

Innov-ís 1500D
Siri Innov-ís 1500D juga memaparkan pelbagai rekabentuk dalaman termasuk 76 rekabentuk watak Disney. Model ini membolehkan pengguna mereka sulaman tersendiri dengan corak watak Disney yang terkenal tanpa menghadapi sebarang kerumitan. Pengguna juga boleh menggunakan lebih daripada 900 jenis jahitan, iaitu 105 jahitan utiliti termasuk 12 stail lubang butang, 239 jahitan hiasan dan 588 aksara abjad yang terdapat dalam mesin jahit. 

Tambahan pula, “My Custom Stitch” juga membolehkan pengguna mereka jahitan yang tersendiri dan menyesuaikan reka bentuk dengan jahitan yang diperlukan. Seperti model Innov-ís 4500D, Innov-ís 1500D turut menawarkan “walking foot” yang dinaik taraf. Dengan hanya menggunakan lever tapak, pengguna boleh memilih pelepasan tapak dari tiga kedudukan yang berbeza. Oleh itu, ketebalan fabrik dapat dikesan dan ketegangan benang yang bersesuai dapat digunakan, seterusnya memberikan jahitan yang terbaik kepada para pengguna.

Ciri-ciri lain yang memudahkan para pengguna termasuk sistem pemasangan benang yang canggih yang boleh menjahit jahitan tetulang secara automatik pada permulaan dan pengakhiran jahitan. Ia juga mempunyai sistem pemangkasan benang automatik yang akan memotong benang di bahagian atas dan bawah fabrik secara automatik setelah selesai menjahit, kemudian tapak dinaikan hanya dengan menekan butang. 

Persembahan Fesyen DISNEY yang Memaparkan Teknologi dan Keupayaan Sulaman Mesin Jahit Brother 
Untuk membuatkan pelancaran kali ini lebih menarik, Brother International telah mengadakan persembahan fesyen kanak-kanak yang memaparkan rekabentuk Disney yang disulam pada pakaian dan bag dengan menggunakan Innov-ís 4500D dan 1500D. Hadirin yang hadir pada majlis pelancaran tersebut berpeluang mengalami kreativiti, keseronokan dan imaginasi DISNEY bersama-sama dengan Brother International. 

“Kami yakin bahawa bahagian pasaran Brother dalam segmen sulaman dan jahitan akan meningkat pada masa akan datang, dengan pelancaranInnov-ís 4500D dan Innov-ís 1500D,’’ kata En. Yoshiaki Otsuka, Pengarah Pengurusan, Brother International (Malaysia) Sdn Bhd.

En. Otsuka juga berkata bahawa pelancaran kedua-dua siri sulaman mudah alih ini telah membuktikan Brother merupakan antara peneraju inovasi yang menawarkan ciri-ciri yang tidak terdapat dalam jenama mesin jahit lain di pasaran. 

Harga Pasaran 
» Innov-is 4500D – RM 15,999.00 
» Innov-is 1500D – RM 9,999.00

Siri-siri ini adalah di bawah waranti selama 1 tahun. Mesin ini dapat dibeli melalui penjual Brother International Malaysia dan dibantu oleh Pusat Servis Pelanggan Brother yang terletak di Tingkat Lima, Tower 1, Jaya 33 di Jalan Semangat, Petaling Jaya. Ia dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8:30 pagi hingga 5.30 petang, dan pada hari Sabtu, dari jam 8:30 pagi hingga 1.00 petang.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism