Sunday, January 13, 2013

Filled Under:

Remaja Gagal lari mesin ATM


Kuala Lumpur: Lima lelaki berputih mata selepas cubaan mereka melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini, gagal selepas tali yang digunakan untuk mengheret mesin itu putus, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, lima lelaki terbabit berusia 20-an memecahkan dinding cermin dan cuba menarik keluar mesin ATM itu menggunakan seutas tali dan ditarik menggunakan sebuah kereta jenis Hyundai.

Ketika kejadian, stesen berkenaan sudah menamatkan operasi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, ketika cuba mengheret mesin itu tiba-tiba tali yang digunakan putus menyebabkan semua suspek melarikan diri.

“Dua suspek menaiki kereta manakala tiga lagi menunggang motosikal jenis Yamaha 125z berwarna hitam dan Yamaha RXZ kuning.

“Mereka melarikan diri menaiki kenderaan masing-masing dengan menanggalkan nombor pendaftaran sebaik menyedari kejadian itu diketahui orang awam yang melalui kawasan itu,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, semua suspek menggunakan sarung tangan dan topi keledar bagi mengelakkan identiti serta wajah mereka diketahui pihak berkuasa.

“Kami sedang mengesan mereka dan meminta orang awam yang melihat kejadian tampil memberi maklumat,” katanya.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism