Seorang remaja dipukul dan dibelasah hingga separuh nyawa sebelum ditinggalkan di tepi jalan oleh penyerangnya yang menaiki sebuah kereta.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Mohd Yefri Adison, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah dekat sini ditemui terbaring tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki (Jalan Tanjung) oleh penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.
Menurut sumber, mangsa sebelum ini dikatakan dicekup tiga lelaki ketika berjalan kaki seorang diri di Seksyen 10, Kota Damansara.
“Mangsa kemudiannya di bawa ke satu tempat sebelum dibelasah dengan ranting pokok dan batang kayu dikepala dan seluruh badannya,” katanya.
Mangsa ketika ditemui tidak dapat mengingati apa yang berlaku tetapi hanya tahu tiga lelaki menaiki Protion Wira menariknya masuk ke dalam kereta dan terus dibawa ke satu tempat.
Polis Damansara Utama yang tiba di tempat kejadian kemudiannya memberikan bantuan sebelum mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, polis masih lagi menyiasat motif kejadian. – Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment
Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?