Saturday, February 23, 2013

Filled Under:

Azab Mendedahkan Aurat


Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh lelaki bukan mahram dengan sengaja = balasannya 70,000 tahun dalam neraka,
1 hari akhirat = 1000 tahun di dunia.
Seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki:
1 - ayah kandung
2 - adik beradik lelaki
3 - suami
4 - anak lelaki kandung

SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT.


Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

  • Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
  • Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?
Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."


"Mana-mana bahagian aurat tubuh yang terdedah, bahagian itulah yang akan disambar oleh api neraka..."

- USTAZ AZHAR IDRUS -
Credit : Seindah Cinta Islam Blogspot



Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:

Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:


  1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam)
  2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini TIDAK AKAN BOLEH MASUK SYURGA, serta TIDAK AKAN DAPAT MENCIUM BAU SYURGA, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.

(Riwayat Muslim)


Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:

  1. Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknyaberterusan selama ia tidak menutupnya.
  2. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
  3. Betis dan paha yang terselak – selak , sedia untuk dipanggang.


Peristiwa Mi’raj 


  1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
  2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
  3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
  4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
  5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
  6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
  7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum arak dan ubat untuk membunuh janin.
  8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
  9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
  10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.


Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism