Tuesday, February 5, 2013

Filled Under:

Maut Digilis Komuter

Seorang wanita berusia 50-an maut dalam keadaan mengerikan selepas digilis komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika menyeberangi landasan kereta api di Taman Wahyu, Sentul, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa diseret komuter berkenaan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian sebelum ia disedari pemandu komuter terbabit bahawa ia terlanggar sesuatu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pihak KTMB mengenai insiden itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Mangsa adalah seorang wanita dipercayai warga tempatan.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang menyeberangi landasan di Kilometer 5.25 di kawasan jejambat berhampiran Taman Wahyu.

“Sebuah komuter dari arah Kuala Lumpur ke Rawang melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, mangsa kemudian diseret sejauh kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian oleh komuter berkenaan.

Zakaria berkata, pemeriksaan mendapati mayat mangsa dalam keadaan mengerikan dan pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang dokumen peribadi milik mangsa.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk bedah siasat.

Katanya, mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga dan mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism