Tuesday, February 5, 2013

Filled Under:

Pengedar Dadah Tewas

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata tiga daripada mereka ditahan di Jeti Pasar Ikan Semporna pada jam 2 petang selepas menerima maklumat awam. 
Hasil pemeriksaan badan ke atas seorang daripada tiga suspek yang berusia antara 25 dan 43 tahun itu polis menemui peket plastik lutsinar mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 50.3 gram, katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. 

Katanya susulan penangkapan itu, polis menahan seorang lagi suspek berusia 33 tahun pada jam 4 petang hari yang sama, ketika lelaki berkenaan sedang memandu berhampiran sebuah restoran makanan segera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mohd Firdaus turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah di daerah itu agar tampil menyalurkan maklumat kepada polis. - Bernama

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism