Saturday, October 5, 2013

Filled Under:

2 Mayat Di Temui di R&R Alor Pongsu


BAGAN SERAI: Mayat dua lelaki yang dipercayai dibunuh kejam dengan diikat kaki dan tangan serta muka diserkup dengan plastik lutsinar ditemui disumbat dalam bonet sebuah kereta jenis Proton Waja di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah Selatan, di Alor Pongsu, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mayat berkenaan dijumpai dalam kereta yang diletakkan di depan tandas wanita kawasan R&R itu, selepas polis mendapat laporan daripada orang awam yang curiga mengenai bau busuk serta lalat menghurung bonet kereta itu.

Menurut sumber, polis yang sampai ke lokasi penemuan kereta mendapati ia dalam keadaan berkunci dan kemudian terpaksa bertindak memecahkan cermin tingkap pintu belakang bahagian pemandu untuk membuka kereta bagi memeriksa bonet.

"Sebaik bonet kereta itu dibuka, anggota polis menemui dua mayat lelaki yang diikat kedua-dua tangan dan kaki serta muka diserkup dengan plastik.

"Berdasarkan maklumat awal dari orang awam dan pekerja lebuh raya itu, kereta Waja berwarna perak berkenaan dipercayai sudah ditinggalkan di lokasi berkenaan sejak waktu senja semalam, namun tiada siapa mensyaki apa-apa kerana belum berbau busuk ketika itu," katanya di sini, hari ini. - HMetro.

Admin : Kembalinya Zaman Jahiliah, Semakin Teruk Dari Zaman Dahulunya.... Manusia Hilang Pedoman, Perbuatan Keji Menjadi Amalan, Dosa Menjadi Peneman..

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism