Saturday, October 5, 2013

Filled Under:

Anak Penjaga Gol Utama JDT Meninggal Dunia


JOHOR BAHRU - Anak penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), meninggal dunia akibat penyakit paru-paru, awal pagi ini.
Anak Mohd Al Hafiz Hamzah, Muhammad Adam Farish, 2, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), kira-kira jam 3 pagi ini.
Arwah dikatakan dimasukkan ke hospital sejak kira-kira dua minggu lalu dan dikatakan mengalami masalah paru-paru sejak dilahirkan dan menerima rawatan, selain pernah dirawat di Kuala Lumpur.
Ketua jurulatih JDT, Azmi Mohamed, ketika dihubungi Mohd Al Hafiz yang berada di Kota Bharu, Kelantan untuk perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, bergegas pulang ke Johor Bahru selepas dimaklumkan kejadian itu.

Admin : Sama-samalah kita Sedekah kan Alfatihah kepada Arwah, Si Kecil Yang Belum Kenal Dunia Sepenuhnya Telah Menghadap Illahi, Syurga Tempatnya.. InshaAllah.. Semoga Keluarga Arwah Tabah Menghadapi Dugaan.


Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism