Friday, November 8, 2013

Filled Under: ,

Bubuh arak dalam masakan

Dua jenis arak yang dipercayai digunakan chef sebuah hotel di Jerantut.
KUANTAN - Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

“Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.

Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.

“Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal,” katanya.

Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.

“Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.

“Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.

Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal.

p/s : zaman sekarang ni makanan yang kita makan kita tak tahu apa bahan bahan tersembunyi dan dari mana asalnya, main pakai bedal je, meskipun ada cop halal, jadi berhati hatilah semasa membeli makanan, jika boleh bagi orang islam, beli lah makanan buatan orang islam cuba elakkan makanan yang di buat oleh bukan islam.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

2 comments:

  1. kebanyakan kata org nk msakan yg sedap msti tambah arak..hurmm bg chinese atau selain islam boleh tp bkn pada org islam..minx dielakkan..kekadang kite mkn kt lua ni.kite xtau pn ingrediant yg die gune kn...redhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak aspek lain yang kita perlu lihat.. terutama makanan dalam tin, dalam paket dan makanan segera, kita tidak tahu isi kandungan sebenar benarnya atau di sebaliknya... sama ada lemak khinzir atau arak, mungkin juga pembuatannya bermodalkan duit haram dan sebagainya... jika berkaitan daging pula seperti ayam dan lembu, adakah ia di sembelih, betulkah cara peneymbelihannya, adakah haiwan itu mati sebab sembelih atau ditindih dan sebagainya... kita seeloknya cuba elakkan dari makan luar.. memasak di rumah adalah jalan terbaik dan selamat dan pastikan barang2 yang di beli halal.. apa2 pun redho.. kita usaha dan tawakkal.

      Delete

Jom Ramai-ramai Meriahkan Ruangan Komen Di Belog Tiga Pagi.
Semua Dalam Tiga Pagi Aje?

© 2013 iPRESS. All rights resevered. Designed by Templateism